Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Banyak YU...
Mail this Foto to a friend
Search BoardTracker for..
Banyak



Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Sunday, 28-Feb-2010 20:00
Memancing @ Penarek,T'Ganu.
Cerita Perjalanan Balik.
Pagi tadi jam 8.00am baru rumah setelah perjalanan selama 12jam dari Penarek Terengganu.Singgah makan malam(tapi nasi dah habis),kita makan ikan goreng tepung,udang goreng tepung dan sotong goreng tepung ngan P2....Lepas tu balik,singgah masjid tumpang mandi dan solat.
Tengahmalam singgah lagi(ikut Jalan Jabor),pekena nasi pulak..Perjalanan terus menerus sehingga ke Genting Sempah utk isi minyak dan "bersahur".
Kat Batangkali (rumah Pak Lurah) utk bahagi2kan ikan.Singgah Peps utk solat suboh dan terus balik..........

Akhirnya ayah layan tido dari 9.45AM sampai kul 5.00 PM.Miss utk pergi kenduri kawin Shidah,Kg Melayu Subang.(Mama g ngan anak2).
Ayah sempat hantar Ayong utk pendaftaran masuk asrama SAMTAJ.

Cerita Atas Bot.
Janji pagi Jumaat naik bot,rupa2nya baru dapat tahu bot bertolak lepas Jumaat..Dah hilang akal nak buat apa lagi setengah hari tu.Lepas sarapan,ayah ikut P2 sewa mtel utk berehat.Ayah layan tidor pasal malam awal pagi tadi ayah yang drive sampai ke Setiu Terengganu.Tengahari p Masjid solat Jumaat-Masjid Permaisuri Setiu.Lepas solat terus makan dan ke jeti.
Perjalanan dalam 1 jam.Sampai2 jer kat lubuk,ingat nak mancing apollo dulu buat umpan....tapi tekong tu kata,ikan Apollo x de kat sini.Pak Lurah panas hati,terus tekong ke pantai semula utk beli umpan sotong dan kembong.Rugi dah 2 jam pergi dan balik.
Sampai tempat lubuk tu dah malam (8PM)..Bulan cerah....Depa start memancing.Ayah sempat masak nugget 2 bungkus utk semua orang.TApi tak selera nak makan banyak.Perut dah masuk angin,ayah pening dan layan tido dari kul 10.00PM sampai 2.00PAGI.
Kul 2 cuba memancing,tapi tak selesa.....lepas isi perut ngan roti,nasi putih,nugget dll.Sementara menunggu suboh,mata tak tahan dan pening,ayah naik atas bumbung bot dan tido..
Pagi2 depa dah kecoh memancing semula,ayah siang ikan kacang dan kerisi utk masak kari.Lebih kurang jer masak,makan ikan segar.Arghh..lega perut dan tak pening lagi.
Memancing dari satu lubuk ke satu lubuk......kebanyakan nyer ayah lepak jer.Nak amik gambar pun tak selesa.Kul 4 pm,balik ke darat dan sampai matahari dah nak tenggelam.

Letih nyer ya amat...!!!!!!!!!!

Yang menarik.
a)2 batang joran bersama mesin nyer telah terjun ke laut.Semuanyer P2 punya staff nyer joran.
b)Joran Holder pun satu unit ikut terjun ke laut juga.
c)Susahnyer nak buang air..pasal keliling bot org memancing.
d)Lubuk ikan kat sekeliling situ juga.Tak lepas ke laut lebih dari Pulau Perhentian pun...pi mai..pi mai...tang tu jugak.
e)Ikan Yu nampak nyer tengah galak kat area tu..Yu pun Yu lah...janji ada dapat.Ikan yang terbesar ialah Haruan Tasik=8kg.
f)Sampai jer kat rumah,berita TV tunjuk gempa bumi kat Chile...ada Tsunami lar....seram sejuk jugak pasal masa kat laut tu terbayang2 kalau Tsunami lalu....serammm....!

(Ayah)... :->























© Pidgin Technologies Ltd. 2016