Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Tunggu ayam mari
Mail this Foto to a friend
Search BoardTracker for..
Tunggu ayam mari



Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Tuesday, 16-Feb-2010 12:00
Cuti-cuti CNY....(intro)
Dah lama ayah tak update FP ni kerana kesibukan kerja.Peluang cuti panjang ni ayah gunakan utk upload dan update FP...

DAY 1
Cuti CNY kali ni ayah ambik cuti sampai seminggu(sampai Khamis).Kalau perlu ayah boleh habiskan sampai Jumaat.Cuti tahun lepas pun masih ada 7 hari lagi.Banyak perkara nak selesaikan sempena cuti panjag kali ni.
Ayong pun dah dapat pindah,kena angkut semua barang2 kat hostel dan kena daftar ke SAMTAJ pada Khamis 18/2 nanti.

Hari pertama balik....
1-Menjenguk ke tanah Sg. Lias dimana SabakAgro "menumpang"...Ayah tengok si Helmi tu ada kat ofis.
Bila ayah tanya,"Ofis kedai kat Balai Bomba tu dah sewa ker..?" Sebab sebelum ni beriya2 nak sewa kedai.Kedai yang pertama belum siap lagi,nak pndah ke kedai kt Balai Bomba Sg Besar dulu.
Dia jawab,"Belum sewa lagi pun.."
Maknanyer tak ada ofis atau kedai dia nak sewa.Cam na nak pindah?Dah berkali2 janji nak keluar,pasal tak nak bayar sewa,nak hlau sampai hujung tahun tapi merayu nak kuar hujung January 2010..
Malas nak citer lebih2,ayah pun terus ke pekan nak beli rantai dan mangga,tapi semua kedai dah tutup pasal depa nak :makan besar" dah petang2 ni....
Sewa tak nak bayar,pas tu tak nak telefon pun minta izin nak duk lagi,main terjah jer.Ingat kita ni badan kerajaan ker...?Ayah nak seal dan pasang mangga jer terus.Lepas ni kalau buat hal..ayah repot polis jer-atas reason MENCEROBOH.....!!Kalau degil juga,ayah akan "potong api" pulak...
Tak de tolenrasi dah..dah 3 tahun duk FREE kat situ...!

2-"Makan Besar" kat KFC Sg Besar.
Oleh kerana sibuk sampai maghrib2 tgk2 tanah Sg Lias tu,memang plan tak nak masak.Bercadang nak ke KFC beramai2.Sebab pergi lepas Maghrib,Fada dan Fawas dah makan nasi..Beli satu bucket,tak habis makan.Lagi pun tak de original resepi..dah habis kena tunggu lama,soMama beli Hot n Spicy...Fada kepedasan...
Tapau sikit utk EMBAH,Kak Atin,Fahim dan Faris.

DAY 2
Pagi2 tunggu mentari keluar utk shooting...Mama layan mancing ngan ayong dan lepas tu bersiap2 utk ke Bagan Datoh.
Sampai bagan kul 11 pagi,tak nampak sesapa pun kecuali abang sekeluarga dan Ah Bee jer..Pagi tu tak banyak topik sampai tengahari,pas tu g makan dulu sementara menunggu yg lain sampai.Biasanyer makan kat Restoran Mahbob jer...sebab hanya tu jer restoran yang boleh makan.Tapi kali ni ada gerai mamak baru behadapan seberang jalan.Ayah makan mee goreng mamak ngan Haziq dan Nana.(membuatkan perut sebu giler...mee tu banyak pakai kapur lah...berangin).
Topik yang menarik,pasal sarang burung layang2 lah...setiap 1kg=RM4,000...(harga belum proses lagi)!!!1kg=60 biji sarang.Mula mengeluarkan hasil dalam masa 2 tahun..Lumayan.!
Sambung citer kat belakang rumah-pelantar yang dibuat rumah burung layang2 kat atas mengadap sungai.Angin pun banyak tengah2 hari ni.Ah Pau dan kakak2 yang lain pun dah sampai.Sembang2 sampai kul 4pm,balik lah.....Sebelum balik,seperti biasa sessi bergambar beramai2.Anak abang yang sulong pun pernah terbaca FOTOPAGES ayah utk citer CNY tahun2 yg lepas.Maknanyer depa mengikuti perkembangan kita..hehe

Sampai rumah sambung xtvt memancing...tapi ayah bring,terus capai jala Wak Min...tebar...!!Malangnyer hanya dapat beberapa ekor ikan puyu jer,tak berbaloi lah pulak....Mama sembang2 ngan Kak Ros dan Wak Min,jiran bendang sebelah tu(Wak Sarip) pernah datang jumpa Wak Min utk offer buat projek bela burung layang2..?!!Kak Ros jemput utk masuk share projek ni nak buat kat bendang dia sebelah Wak Min.
Malam tu tak dapat tgk Gelanggang Raja Lawak Minggu ke 7 sebab tak de ASTRO....ayah layan tidor jer lah...hehe

DAY 3
Pagi2 selepas solat dah tunggu kat tgh bendang nak shooting SUNRISE jugak....
Pas tu terus bersiap ke pasar dan mengemas kat Sg Lias.
Ayah turunkan segala banner dan papan iklan SabakAgro dan naikkan kain rentang "UTK SEWA" ayah dari bawah pokok ke depan pagar.Barulah jelas sikit.So..tak de identiti SabakAgro dah.Kalau idak dok melayan call yg menanyakan pasal SabakAgro..boring lak....?!!
Pas tu ke pekan utk beli rantai dan mangga,malangnyer kedai hardware masih tutup.Ada kedai runcit cuma jual rantai kunci basikal.OK lah..itu pun jadi lah,sementara lain kali datang beli rantai pulak.Ayah kunci pagar utama dan letakkan lagi satu rantai kunci basikal tu di pintu masuk ofis.Nak kunci..tak sampai hati lak..kang depa nak keluarkan barang tak boleh pulak.....
Sebenarnya itu simbolik ayah jer nak "WARNING" SabakAgro ni supaya keluar dari tanah tu....

Hari tu sangat panas kat bendang....nak balik Shah Alam pun tak selesa..akhirnya kita balik kul 5.30 ptg selepas agak petang.Malam tu keluar berita TV3...cuaca panas melampau kat Selangor dan Kedah..?
Patutlah...panas nyer..!
Malam tu ayah edit foto2 yang kat D60 ke komputer......banyak juga koleksi foto2 kali ni.Boleh la update FOTOPAGES dan BLOG...

(Ayah)..... :-D














© Pidgin Technologies Ltd. 2016