Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Takutt....
Mail this Foto to a friend
Search BoardTracker for..
Takutt



Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Monday, 21-Dec-2009 11:00
Twin Beach Resort-Pulau Sibu.
Bot resort dah sampai semasa kita sampai di jeti.Oleh kerana kita datang awal (9.45pagi),maka kita lepak2 kat jeti tu tgk orang menyeberang ke Pulau atau kelong atau laut dalam utk memancing.
Sepatutnyer bot bertolak pukul 10.30 pagi,tetapi oleh kerana ada satu team lagi yang belum sampai,maka terpaksa tunggu.Anak2 yang ceria semasa sampai,mula menunjukkan muka "bosan" kerana tak naik bot lagi.Setelah puas tunggu,akhirnya sampai hampir pukul 12 tghari.Masa kami dah terbuang di jeti sebenarnya.wlaupun hasrat asal nak menghabiskan masa di Pulau Sibu.
Ombak besar menyebabkan Mama ketakutan,pegang palang besi macam nak tercabut dibuatnyer.Suma org ketawa jer tgk mama.Sofia pun tenang dan "STEADY" jer duk sebelah ayah.Tahun lepas dia ketakutan walaupun naik feri ke Pulau Pangkor.
Perjalanan selama 30 minit tu membuatkan lutut mama menggeletar... :-D ,
Sampai jeti jer baru mama bleh tersengih....! :P Terus kita lunch dulu pasal dah lapar.Hanya ada 2 group tetamu jer kat resort tu.Memang seronok dan banyak privacy.
Lepas tu suma dah tak sabar nak terjun laut,tapi pantai yang mengadap Laut Cina memang bermbak besar.Nasib baik ada pantai disebalik nya yang terindung dari mbak besar.Kat situlah berendam walaupun tengahari buta.Cuaca kerap berubah dari panas/mendung/hujan silih berganti. $-)
Lepas dinner,main karom dan berkaraoke sekeluarga.Tak malu sangat pasal tak de tetamu lain kat situ. Boleh belasah lagu walaupun pitching lari,semput dll.Sofia dah lena atas sofa.Haziq menahan ngantuk pasal nak memancing ikan.Tak sabar nak pergi.Asik tanya bila nak g mancing....
Tengah malam bila air pasang maksimum hampir mencecah lantai pelantar,ayah dan Haziq g memancing dengan umpan sotong.Walaupun tak dapat ikan,tapi Haziq dapat belajar melontar umpan dan merasa rentapan ikan makan umpan.... 8-)
Sampai kul 1.30 pagi,ombak makin kuat,angin makin menderu,hari dah lewat malam,mata pun dah kelat dan kita balik chalet.Yang lain dah dibuai mimpi.

...(Ayah).... ;-)

Nota;
Kak Huda kalau nak ber HONEYMOON nanti boleh lah datang sini.Sunyi..asyik hujan dan tak ramai orang...hehehe :-D









































© Pidgin Technologies Ltd. 2016