Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Jeti di awal pagi..angin dan ombak kuat.
Mail this Foto to a friend
Search BoardTracker for..
Jeti awal pagi angin



< Previous

Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Sunday, 20-Dec-2009 22:30
Muar-Air Hitam-Kluang-Tg. Leman.
Dengan melalui jalan lama dari Muar-Bakri-Air Hitam-Kluang-Jemaluang-Tg Leman....mengambil masa lebih kurang 5 jam termasuk solat Zuhor di Kluang.
Peristiwa hampir melanggar anak Cina yang tiba2 melintas jalan dengan basikal,hampir menyebabkan kemalangan.Nasib baik ayah sempat brek,dan bunyi tayar menarik perhatian sekitar kawasan kejadian.Kalaulah dia tak sempat pecut dan ayah tak sempat buat emergency brek,pasti anak Cina tu dah mati.!,Tak pasal2 jadi percutian yg mengerikan,masuk lokap dll lagi...
(Lokasi:selepas pekan Kluang berhampiran Kompleks Penjara) :-(
Semasa melalui hutan simpan,terserempak ngan sang pelanduk yang lepak tgh jalan,nyaris2 kena lenyek.Rasanyer dia terlanggar tayar kereta sebelum masuk semula kehutan. :-D
Kawasan hutan tu ada signage "AWAS..GAJAH MELINTAS.."..Biar betul..? :P
Setelah melalui kawasan Felda dan Estet..,sampai di Tg Leman dalam kul 6.00 petang.Hujan baru turun dan angin bertiup kencang,termasuk ombak yang tinggi.Maklumlah..kita ni biasa tgk ombak Selat Melaka jer.Rupanyer..Laut Cina Selatan lagi ganas..!
Isi perut sikit,terus daftar masuk(main redah jer,tak buat tempahan pun..),nasib baik ada lagi chalet yg kosong.Kalau idak terpaksa redah semula ke Mersing utk menginap sementara menunggu bot ke Pulau Sibu esok pagi.
Lepas Maghrib,kita nak makan malam,dan shopping bahan makanan sikit utk esok.Pekan yang terdekat pun ialah Sedili-menurut kata2 kakak yang bergerai ditepi pantai.Anak2 yang tak biasa ngan kegelapan,tak nak ikut dan start komplen sorang demi sorang...
"Ayah...cukup ker minyak tu..??"
"Adik nak tidur jer..,tak nak ikut..!!"
"Jom lah kita undur balik,tak payah makan,...Dah kenyang...!!"
"Ayah nak kemana gelap2 ni..??"
Dan macam2 "nasihat" dari anak2. LOL
Memang minyak dah kekurangan,dengan harapan akan ada gerai jual minyak di Sedili nanti.(Pam minyak memang tak ada kat situ-yang berjual minyak pun pakai gelen atau bekas/botol jer..)
Perjalanan ke Sedili dalam kegelapan estet dan kebun kelapa sawit sangat mendebarkan.Lebih2 lagi tak ada orang lalu lalang dan kadangkala hujan lebat turun.Anak2 tolong bacakan doa dan bacakan ayat kursi mana yang patut.Ayah kena tunjukkan "macho",walaupun ayah berdebar2 juga dalam hati.Tempat tu lebih jauh dari yang dijangkakan.Dah lebih 30 minit pun masih tak jumpa pekan Sedili tu.Minyak hanya cukup utk balik ke Tg Leman sahaja.Masih tak cukup utk ke stesyen pam minyak yang terdekat di jalan utama Mesing-Kota Tinggi.Bila dah ternampak lampu dan jambatan yang canggih di Sedili,baru hati rasa agak lega,terus cari minyak.Hanya ada 3 kedai runcit yang menjual minyak.Gerai yang terakhir di hujung dunia masih beroperasi..terus isi minyak 10 liter=RM23.00.Tak terkira mahal macamana pun,tanpa ragu terus isi lah....
Selesai isi minyak,kita nak isi perut pulak.(Jam dah kul 9.30 malam).Ada ikan bakar kat situ..
Mama kata SEDAP..ikan bakar kat situ!
Masa bayar makan,makcik tu peramah pulak,"jangan tegur" apa2 dalam perjalanan balik nanti.Dia sendiri pun tak berani nak meredah jalan estet tu malam2....Bertambah gementar lah masing2.Lebih baik kita tak tahu..supaya boleh buat dekkkk jer.... $-) Kena pulak jam dah pukul 10.30 malam..>!!Sekali lagi anak2 duk kat belakang tanpa bersuara ketakutan..
Alhamdulullah...selamat sampai ke chalet..Jiran chalet sebelah ajak sembang sampai kul 1.00pagi.Terpaksa masuk pasal dia nak start memancing kul 4.00 pagi,Ayah lak nak menyeberang ke Pulau Sibu esok pagi.Anak2 dah lama tido... :P

...(Ayah)... :->

























© Pidgin Technologies Ltd. 2016