Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Pembajak Sawah-KUBOTA
Mail this Foto to a friend
Search BoardTracker for..
Pembajak Sawah KUBOTA



Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Wednesday, 10-Sep-2008 15:00
Foto barang2 ber "Nostalgia".....
Ketika berkemas kat rumah embah tahun lepas sebelum rumah dirobohkan,ayah jumpa pelbagai barang "antik" yang membawa nostalgia kepada empunya barang tu.Ini hanya sebahagian,dan yang lain tak diketahui dimana telah di sumbat@simpan. Kalau dari dulu dikumpul2,memang penuh satu almari.Cuma ayah belum berhasrat nak bawak balik Shah Alam kerana rumah kita kecik jer...mana ada space nak simpan suma barang tu.Ayah punya "harta" masa kat Jepun dulu pun masih dalam kotak lagi dalam stor tu.
Jentera pembajak sawah jenama KUBOTA ni memang mengingatkan ayah semasa kecik dulu.Jentera ini pun bukan yang pertama Wak NI beli.Kalau tak silap dulu,Wak Ni ada 2 jentera pada satu2 masa.Ayah dulu selalu di suruh oleh embah untuk jadi penganti Wak Ni membajak bendang.Biasanyer ayah "tukar shif" ngan Wak ni waktu tengahari selepas makan,sebab Wak Ni berterusan membajak sejak awal pagi.Pada masa tu hanya inilah jentera pembajak sawah pada masa tu,dan tak ramai orang ada jentera ni.So kalau musim nak menanam padi,jentera ni "non-stop" terus berjalan kadangkala sehingga ke malam.Kalau cuti sekolah,memang ayah akan tolong membajak.Kalau nak citer,tak cukup 3 hari 3 malam....lain kali lah...Sekarang jentera tu hanya digunakan untuk mengepam air ke palong/sawah jer,kerana jentera lebih besar sekarang dah ada utk kerja2 membajak sawah.
Khat dalam gambar tu ayah buat sendiri dari kertas warna emas atas baldu biru,anggaran dalam tahun 1982.Frame dan khatnya dah rosak kerana di letak diluar semasa rumah dalam pembuatan.
Almari baju tu memang berat kerana menggunakan kayu dan papan dari solidwood.Ketika gambar ini diambil,luaran nampak kusam dan ayah telah membersih dan mem"varnish" semula menggunakan warna yang hampir sama.Hasilnye sangat cantik seperti baru.Seingat ayah,almari ni diletakkan di ruang tamu dan sejak kecik lagi dia dah ada kat situ.Mungkin embah lanang beli almari ni disekitar awal tahun 1970-an...
Hanya baju yang sesekali dipakai sahaja akan dismpan di almari cermin ni.
Ketika beraya ke Sungai Manila,Perak (tahun 2007),ayah ternampak meriam batang kelapa ni.Tak sangka pulak masih ada orang yang rajin nak membuat meriam dari batang kelapa.Masa ayah kecik2 dulu meriam batang kelapa tiada tandingannyer.Bunyi nyer berdentum2 macam petir kalau di halakan ke kebun kelapa.(logik nyer,halangan dari batang pokok kelapa menyebabkan resonan bunyi yang "meletop-letop".Tak leh di bayangkan kecuali sesiapa yang pernah dengar.Rumah embah bersempadan ngan kebun kelapa,jadi ayah halakan meriam ke kebun kelapa.Kalu dihalakan ke bendang/sawah,bunyi akan "pergi" sekali jer,tak ada pantulan2 bunyi dah....
Kalau ikutkan hati,memang nak simpan semua harta2"antik" tapi hakikatnya tak mampu.Sebagai ganti hanya foto sajalah "arkib" ayah.........

...(Ayah).... :->

© Pidgin Technologies Ltd. 2014.